Donut Ketika Musim Panas

Alhamdulillah… Syukur di ucapkan.. walaupun baby kurang sihat.. tapi sempat juga disiapkan order yang masuk..

Mohon maaf kepada akak-akak yang Sis terpaksa tolak order..

donut mantop d jeram 40

Sekarang dengan cuaca cukup panas membahang dari tengahari hingga ke petang, anak-anak terutamanya sangat sensetif dan memerlukan pemantauan rapi.

untuk mengelakkan dari demam dan penyakit lain seperti ruam, kulit kering dan sebagainya.

sebagai seorang ibu, Sis cukup peka dengan perubahan fizikal anak Sis yang sorang tu.

nampak je naik ruam, paksa minum air masak.

kalau tak, bila jatuh sakit, Susah Sis nak buat kerja hmm

Sis doakan likers page ini juga dirahmati dan bersabar menghadapi musim panas ini..

amin..

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut

 

 

Lagi testimoni oleh Customer Sis

Sis rasa.. lama dah tak upload screenshot testimoni customer..

.
Memandangkan hari ini off dapur, jadi tak tau nak tulis apa. Upload testimoni je la hihi…

.
Pic di bawah adalah screenshot customer Sis yang mana beliau adalah salah seorang staff di office hubby Sis.

donut mantop d jeram 39

.
Sis ucapkan thank you soo much sabab Pn Ain sudi support bisnes Bombolini Sis.

.

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut

Mencuba resepi Filling Coklat Baru!

Padu ya amat rasa coklatnya. Thanks sharing resepi!

.
Hari ini Ahad Sis tak ke mana-mana. Plan nak keluar tengahhari nanti. Cari barang-barang dapur siket.

.

Juga subuh tadi done order 50 biji donut gula biasa. Yang order adalah aunty sendiri. Menantu beliau akan pindah ke rumah sewa baru khabarnya. Jadi akan buat makan-makan sedikit la kot nanti tu.

.
Kebetulan ada lebih kurang 200g baki doh. Sayang pula kalau x dimanfaatkan. Jadi Sis buat bombolini.

.
Semasa prepare bahan-bahan coklat, teringat satu artikel pastry tentang resepi coklat tiptop yang pernah Sis save. Tapi belum ada kesempatan untuk try buat.

.
Jadi Sis prepare bahan-bahannya dan follow aje apa instruction resepi tersebut.

.
Hasilnya seperti dalam gambar di atas. Paduuuu sangat rasa.. lebih coklat dari resepi Sis guna sebelum ini.

.
Cuma bertambah sedikit la costing filling coklat Sis jika follow resepi itu.

.
Nanti Sis akan kumpul feedback dari customer. Andai suka resepi baru ini, maybe proceed je.

.
Yang penting, customer-customer Sis puas hati dengan produk bombolini Sis..!

.
Terima kasih sudi berurusan dengan kami! Donut Mantop D Jeram.

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut

Berkat Sedekah.. Tqvm En Hubby

Sis harap perkongsian Sis hari Jumaat ini menjadi tauladan dan inspirasi kepada pembaca semua..

dan juga kepada semua peniaga-peniaga kecil-kecilan seperti Sis!

.

donut mantop d jeram 34

Petang semalam, husband Sis pulang lewat sedikit dari tempat kerja kerana ada hujan lebat.

.

Jarak dari rumah ke tempat kerja lebih kurang 45km. Berulang alik pula dengan motorsikal. Jadi bahaya pandu motorsikal dalam hujan lebat dengan jarak jauh pula tu..

.

Petang itu, kebetulan kawan husband Sis dan anak beliau juga stay di basement office sementara menunggu hujan reda.

.

Husband Sis kebetulan seluk poket seluar untuk keluarkan kunci motorsikal. Tetiba ada rm5 dalam poket.

.

Maybe duit tu duit lebihan beli makan tenghari di kafe.

.

Jadi suami Sis panggil anak staf tu,
” Nah ambil duit ni ajak ayah kamu beli Ais Krim ye”

.

Before that, husband Sis niat semoga dimurahkan rezeki Sis pada hari-hari mendatang.

.

Jam 11 malam semalam, 14 pack order Bombolini coklat masuk dalam whatsapp!!

.

Ya Allah syukur sangat.. tak terungkap..

.

Betul ustaz-ustaz kata.. jangan takut bersedekah. Allah swt pasti akan balas berganda-ganda dari apa yang kita sedekahkan itu.

.

Insiden semalam itu juga menjadi pengajaran kepada Sis.
InsyaAllah Sis akan banyakkan sedekah especially kepada Customer-customer yang sentiasa support biz kecil Sis ini. tqvm anda semua!

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut

Setelah eksperimen berkali-kali, akhirnya Sis temui juga

Finally Sis berjaya mendapatkan adunan yang tersangat gebu dan mampu bertahan lebih dari 2 hari.

.

donut mantop d jeram 33

Link Facebook Page berkenaan Video Donut Sis ye.. Tekan kalau nak tonton!
.

Dengan menambah dan mengurangkan beberapa bahan dalam adunan.

.

Rasanya hampir rm100.00 jumlah kasar di habiskan untuk eksperimen.

.

Mujurlah En Husband Sis tak kesah sangat mengenai kos-kos bahan digunakan.

.

Sebab matlamat Sis Donut Mantop D Jeram cukup jelas. Sis nak sangat-sangat customer merasa..

.

Donut yang sedap setanding jenama besar seperti Dunkin Donut, Big apple..

.

Tapi pada harga yang mampu milik dan jauh lebih murah dari jenama besar itu.

.

TQ sgt-sgt sudi support bisnes Sis. Semoga dimurahkan juga rezeki anda semua likers2 page Sis ini. Amin..

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut

Customer Lapar, Sis push Runner hantar cepat sedikit!

Jangan main-main tau bila customer lapar.. Nak makan segera.. okkeh
.

Baik, nnt abg runner Sis hantarkan ASAP.
.

donut mantop d jeram 31

Hari ni satu pack mini je.. Tak ape.. Yang penting perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah berikan.
.

Sis nk buka sedikit rahsia.. berkenaan resepi donut. Kalau terbaca ni, mohon!
.

Mohon ingat sampai bila-bila ye.. telur + air kene sukat bersama.. jangan sukat asing-asing.
.

Besok insyaAllah Sis buka cerita why why sis kata macam tu..
.

Spoiler: RnD Sis semalam tak berjaya.. rugi 500g tepung mmmm
.

Terima kasih sudi berurusan dengan kami Donut Mantop D Jeram.

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut

Kisah Donut Red Valvet

Alhamdulillah siap menyiapkan order bombolini Red Valvet 1 pack kecil.

Sis gulakan bombo awal sebab customer request tenghari.

Malangnya customer ada sedikit hal yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir sebagaimana masa dijanjikan.

Ini menyebabkan gula menyerap minyak dari dalam bombolini.

donut mantop d jeram testimoni 29
Penuh dengan coklat sebagaimana di request oleh customer Sis gituu

Rasa tidak berubah, namun finishing bombo menjadi tidak cantik (mood sedih ciket)

Mujurlah customer faham setelah diterangkan.

Dalam berniaga ni, Sis sedaya upaya akan mengekalkan kualiti produk Sis.

Sebab Sis sendiri pun sebagai pembeli makanan, akan memilih makanan yang terbaik. Meneliti terlebih dahulu sebelum membeli apa jua makanan.

Barulah puas hati bila makan Donut Mantop D Jeram.

Apa-apa pun terima kasih sudi berurusan dengan kami ya!

#DonutMantopDJeram
#DonutBomboliniLembut